Tanah runtuh: Bantuan kepada keluarga mangsa dari Alor Gajah akan disalurkan – Adly

Masa Membaca:51 Saat

MACHAP JAYA 17 Disember – Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari akan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa berasal dari Alor Gajah yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, awal pagi semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, bantuan itu disalurkan bertujuan meringankan beban waris dan keluarga mangsa.

“Di peringkat Parlimen, kita akan salurkan bantuan yang dirasakan perlu bagi memudahkan segala urusan keluarga mereka kerana ada sebahagian mereka terpaksa berulang-alik untuk mengetahui status ahli keluarga mereka.

“Apapun, kita harap keluarga dapat bersabar dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Machap Baru, di sini, hari ini

Menurut Adly, keluarga yang diziarahinya itu sehingga kini masih belum mengetahui status anak dan menantu berserta dua cucunya yang terlibat dalam perkelahan yang berakhir tragedi itu.

Justeru, beliau berharap semua pihak yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat itu dapat bekerjasama untuk menyampaikan makluman terkini kepada keluarga mangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2092
Kongsi :
Previous post Kesedaran wanita Melaka cegah kanser semakin tinggi – Kalsom
Next post Pindaan waktu kerja fleksibel bakal dilaksana Kementerian Sumber Manusia
Ubah saiz-+=