Tapis berita secara bijaksana sepanjang kempen PRN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Nov – Seramai 495,196 pengundi berdaftar, terutama umat Islam di negeri ini harus bijak menapis berita yang sampai kepada mereka bagi mengelak terbabit dalam penyebaran fitnah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini kerana pelbagai pihak, terutama yang berkaitan secara langsung dengan pelbagai parti politik yang menyertai pilihan raya berkenaan bakal menyebarkan pelbagai maklumat mengenai calon dan parti masing-masing.

Dibimbangi ada antara maklumat berkenaan tidak sahih dan bersifat fitnah terhadap seseorang atau pihak tertentu dalam parti yang disebarkan oleh pihak yang dipercayai mencuba mempengaruhi pengundi.

Imam Besar Masjid al-Azim, Bukit Palah, di sini, Datuk Mohammad Hashim al-Hafiz, berkata PRN Melaka adalah ujian Allah untuk rakyat Melaka bagi melihat sejauh mana pengundi mengutamakan maklumat yang sahih dan yang sebaliknya.

“Apabila sampai berita tertentu, maka hendaklah pengundi membuat semakan atau selidik sama ada ada berita itu sahih atau sebaliknya.

“Lebih dahsyat lagi jika berita itu adalah fitnah dan jika kita tidak pasti, jangan sebarkan kepada rakan atau orang lain melalui media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup sesi temu bual dalam rancangan Mutiara Ilmu yang disiarkan Radio Melaka FM hari ini.

Mohamad berkata, Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa peka terhadap berita yang sampai kepada mereka dan sentiasa berusaha menyelidiki sama ada ia benar atau sebaliknya.

“Gunakanlah kebijaksanaan akal dianugerahkan Allah untuk membuat penilaian sama ada berita itu benar atau sebaliknya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

300
Kongsi :
Previous post Muka baharu seiring hasrat ‘peremajaan’ UMNO – Mohamad Hasan
Next post Tedung selar 9kg masuk rumah selepas banjir
Ubah saiz-+=