Muka baharu seiring hasrat ‘peremajaan’ UMNO – Mohamad Hasan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MASJID TANAH 5 Nov – Muka baharu yang dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini seiring dengan pejuangan UMNO bagi menterjemah proses ‘meremajakan parti dan transformasi memberi peluang pelapis baharu.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengalaman dari calon lama yang digugurkan akan memberi peluang kepasa muka baharu berikutan tekah berjaya mengekalkan kerusi setelah tiga penggal di DUN masing-masing.

“Selaku Pengarah PRN, (kaedah itu adalah) untuk menterjemah hasrat parti bagi melakukan ‘peremajaan’ dan proses memberi peluang pelapis-pelapis untuk ambil tempat.

“Mereka ini calon baharu dan bukan sembarangan orang (dan) mereka juga pemimpin di peringkat bahagian yang mana mereka ini dahulunya lama duduk di bawah.

“Sebab ramai yang sudah tiga penggal jadi mereka memberi laluan bagi mewakili DUN masing-masing, ini tidak ada masalah bagi Datuk Latipah, Datuk Amiruddin serta semua ada di sini tadi dan mereka berjanji serta telah pun menyerahkan tugas pengarah pilihan raya DUN kepada bakal menjadi calon.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Negeri Sembilan sebagai negeri angkat kepada tiga DUN di Parlimen Masjid Tanah.

MOHAMAD Hasan ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Negeri Sembilan sebagai negeri angkat kepada tiga DUN di Parlimen Masjid Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

580
Kongsi :
Previous post Batal sabitan kes liwat: Keputusan rayuan saman Anwar 23 Feb 2022
Next post Tapis berita secara bijaksana sepanjang kempen PRN
Ubah saiz-+=