
TARIAN SINGA, ANGPAU DAN BUAH LIMAU ‘SAMBUT’ PENGUNJUNG DI JETI TAMAN REMPAH
BANDARAYA MELAKA 3 Februari – Ketibaan pengunjung yang menaiki perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) di Taman Rempah, petang semalam, disambut dengan tarian singa dan pemberian angpau oleh pihak pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, sambutan istimewa itu bertujuan untuk meraikan pengunjung bersempena Tahun Baru Baru Cina.
“Lebih istimewa kumpulan tarian singa turut dibawa menaiki bot MRC dan menyusuri Sungai Melaka hingga ke Jeti Muara, Banda Hilir.
“Selain persembahan tarian singa dan pemberian angpau kita juga mengagihkan buah limau sebagai simbolik sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Jeti Taman Rempah di sini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
