
Tarif elektrik di Semenanjung kekal mulai 1 Januari 2022 hingga ke tarikh dimaklumkan kelak
KUALA LUMPUR, 1 Jan – Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa kerajaan pada 31 Disember 2021 memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tempoh Regulatori Ketiga (RP3).
Oleh itu, pada 1 Januari 2022 kadar purata tarif asas elektrik kekal pada 39.45 sen/kWj di Semenanjung sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan kelak.
Dalam pada itu, Kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) mulai 1 Januari 2022 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, kadar rebat semasa sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung dikekalkan untuk tempoh tersebut.
Susulan keputusan penangguhan RP3 dan ICPT itu, pengguna di Semenanjung tidak akan mengalami kenaikan kadar tarif asas elektrik.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...
