
Tayar botak: JPJ Melaka keluar 214 notis setakat April 2023
AYER KEROH 6 Mei – Padah menggunakan ‘tayar botak’ atau bunga tayar yang telah haus, pemilik kenderaan perdagangan seperti lori diberikan notis oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka.
Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff dalam satu kenyataan memaklumkan setakat Januari hingga April tahun ini, sebanyak 214 notis telah dikeluarkan di atas kesalahan tersebut.
Jelasnya, penggunaan tayar botak merupakan satu kesalahan di bawah Kaedah 105(2) atau 105(3) Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor Pembinaan dan Penggunaan 1959.
Menurutnya lagi, jika disabitkan dengan kesalahan, pihak terbabit boleh didenda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Penguatkuasaan tayar tidak mengikut spesifikasi seperti tayar haus berlebihan, botak dan pecah akan dilaksanakan secara berterusan.
“JPJ Melaka akan terus mempergiat penguatkuasaan bagi memastikan kenderaan perdagangan itu tidak membawa bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AGENDA MALAYSIA BIRU PACU MALAYSIA MENUJU 100 TAHUN KEMERDEKAAN
AYER KEROH 26 September - Agenda Malaysia Biru digariskan sebagai ikhtiar untuk memastikan kekuatan sejarah dan jati diri negara diterjemahkan...
ANGGUR BERBUAH MANIS DI BUMI AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 September - Bermula dengan hanya 10 hingga 20 pokok di tepi rumah, minat sebuah keluarga terhadap tanaman...
SIRIH JUNJUNG SEBAGAI ‘KEPALA ADAT’ LAMBANG KESOPANAN, ADAB ORANG MELAYU
TANJUNG BIDARA 26 September - Sirih junjung bukan hanya sekadar untuk menterjemahkan kreativiti bermain dalam minta dengan menggubah daun sirih...
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
