Teater Melaka rangkul sembilan anugerah

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 16 Oktober – Pasukan teater Melaka membawa pulang sembilan anugerah pada Malam Anugerah Teater Malaysia yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) pada 7 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ezlian Elias berkata antara pasukan teater Melaka yang memenangi anugerah pada malam terbabit melibatkan Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM), Gagasan Anak Seni Teater Moden dan Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA).

Katanya, Malam Anugerah Teater Malaysia 2023 itu menjadi pemangkin kepada pemain industri seni teater menghasilkan karya yang bermutu dan juga menjadi platform pecungkilan bakat-bakat baharu.

“PERTEM berjaya meraih enam anugerah melalui Teater Tradisional Tun Mamat & Puteri Gunung Ledang menerusi Koreografi Terbaik (Zaini Haron); Pengarah dan Penataan Bunyi Terbaik (Fadil Duamit);Gubahan Lagu Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Daniel Dashuki yang membawa watak Tun Mamat.

“Manakala MTA memenangi anugerah menerusi Wayang Peranakan ‘Pukol Anak Sinday Menantu’ yang memenangi tiga anugerah iaitu Anugerah Khas Juri Penerusan Warisan Baba Nyona, Pelakon Pembantu Terbaik (Norliza Md Yamin) dan Anugerah Tatahias dan Busana Terbaik (Datuk Jalalludin Hassan).

“Gagasan Anak Seni pula berjaya menggondol Anugerah Pencahayaan Terbaik Keseluruhan bagi Kategori Teater Moden menerusi pementasan ‘Adoi Baba’ dan pada malam itu juga Pengerusi PERTEM, Lokman Ghani telah menerima Anugerah Ikon Teater Malaysia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Jelasnya, penganjuran Malam Anugerah Teater Malaysia kali ini telah mempertaruhkan sebanyak 56 penyertaan yang terkumpul dan telah dinilai oleh barisan juri profesional yang dilantik oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Katanya, pada malam tersebut, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman telah hadir dan menyempurnakan Malam Anugerah Teater Malaysia 2023.

“Anugerah lain yang turut dinantikan ialah Anugerah Tokoh Teater Malaysia, Bakat Muda Teater, dan Teater Bukan Bahasa Melayu Terbaik. Malam Anugerah Teater dimeriahkan dengan penyampai-penyampai anugerah yang terdiri daripada pengiat seni dan artis tempatan disamping berhibur dengan persembahan berkonsepkan muzikal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1184
Kongsi :
Previous post Belanjawan 2024 : Melaka sedia naik taraf tandas awam
Next post Pesawat Beechcraft B 200T mendarat cemas, empat anak kapal selamat
Ubah saiz-+=