Belanjawan 2024 : Melaka sedia naik taraf tandas awam

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 16 Oktober – Peruntukan RM150 juta oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan menyelenggara dan membaiki tandas awam pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara turut memberi impak positif kepada negeri Melaka.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pengumuman oleh Perdana Menteri yang juga Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, baru-baru ini. bukan sahaja signifikan, malah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membaik pulih tandas awam yang uzur di negeri ini.

“Apabila diumumkan Perdana Menteri mengenai peruntukan khas tandas awam ini, sudah tentu ia memberi kelegaan kepada kita untuk menaik taraf lagi tandas awam yang ada di negeri ini.

“Kita memang dalam usaha membaik pulih tandas-tandas yang uzur khususnya di kawasan tumpuan pelancong, insya-Allah kita akan dapatkan perincian tentang berapa banyak yang dikhaskan untuk negeri Melaka.

“Di Melaka memang ada tandas yang uzur di kawasan tumpuan pelancong, tapi Alhamdulillah melalui usaha PBT terlibat yang menyelenggara dan menaik taraf semula tandas-tandas ini kita ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata, Kerajaan Negeri juga sedang mempergiatkan usaha untuk memperbanyakkan tandas-tandas yang lebih mesra pengguna sekali gus menjaga imej Melaka sebagai negeri pelancongan.

Katanya, tandas awam yang dinaik taraf bukan bertaraf antarabangsa sebaliknya keselesaan pelancong antarabangsa dan tempatan yang datang Melaka menjadi keutamaan.

“Kita akan lihat lagi bagaimana belanjawan ini dapat membantu kita dalam menyelesaikan masalah tandas awam di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

915
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak derita AVM perlu jalani pembedahan tempurung kepala
Next post Teater Melaka rangkul sembilan anugerah
Ubah saiz-+=