
Tempahan vaksin AstraZeneca dibuka adalah palsu- JKJAV
KUALA LUMPUR 17 Mei. – Tempahan untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.
Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu itu dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
