Hospital Sungai Buloh sedia kontena khas simpan jenazah pesakit COVID-19

Masa Membaca:53 Saat

KUALA LUMPUR 17 Mei. – Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat mangsa COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Twitter memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital berkenaan semalam.

Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

PETUGAS Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh memeriksa kontena khas tempat penyimpanan jenazah/mayat pesakit COVID19. Foto Twitter KKM.

“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat. Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” menurut KKM.

Sebanyak 3,780 kes COVID-19 dengan 36 kematian direkodkan semalam manakala kes sembuh pula adalah 3,990.

Selain itu, 520 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan dan kes aktif COVID-19 di seluruh negara kini berjumlah 42,135.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

425
Kongsi :
Previous post Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalankan penggambaran di tempat awam
Next post Tempahan vaksin AstraZeneca dibuka adalah palsu- JKJAV
Ubah saiz-+=