Temui ajal selepas lima jam terbabit kemalangan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

ALOR GAJAH 8 Ogos – Seorang pekerja kilang automatif di sini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Ayer Pa’abas di sini petang semalam.

Mangsa, Muhammad Aiman Rosli, 19 yang menunggang motosikal Yamaha Y15 menghembuskan nafas terakhirnya di hospital pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati dalam kejadian pada jam 6.40 petang semalam, lori berkenaan dalam perjalanan dari pekan Lendu menghala ke Ayer Limau.

Katanya, remaja terbabit dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang automatif di Alor Gajah menghala ke Kampung Lendu Bakti.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa bertembung dengan lori terbabit di selekoh jalan tersebut.

“Akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka.

“Bagaimanapun, pada jam 12.30 tengah malam tadi polis menerima panggilan telefon daripada pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

arshad abu2
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu

Beliau berkata, mayat mangsa dijangka akan dilakukan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

“Saksi bebas berhubung kejadian itu diminta tampil bagi memabntu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5885
Kongsi :
Previous post Undi awal: Anggota PGA, FRU tunai tanggungjawab di Markas Briged Tengah PGA Cheras – Ayob Khan
Next post PRN: Lebih 50 peratus keluar mengundi awal di enam negeri dan PRK setakat 11 pagi
Ubah saiz-+=