Terima kasih ‘frontliner’ – KM

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 6 Jun – Biarpun sibuk dengan tugasan rasmi di pejabat dan alam maya ketika ‘lockdown’, namun itu bukan alasan bagi seorang pemimpin untuk terus turun padang menyantuni ‘frontliner’ yang berjuang semasa penularan wabak COVID-19.

Itu ditekankan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang berkesempatan menyantuni petugas barisan hadapan sebagai tanda berterima kasih.

“Saya sentiasa menyanjungi semua petugas ‘frontliners’ termasuk petugas keselamatan yang dilaporkan bertugas lapan jam setiap hari di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Negeri Melaka.

“Dalam lawatan ini (malam tadi), saya turut menyampaikan sedikit buah tangan kepada petugas keselamatan yang telah mencurah bakti sepanjang tempoh penutupan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama sehingga 14 Jun ini.

“Bagi saya anda semua adalah wira yang tidak didendang! Terima kasih frontliners,” katanya menerusi hantaran facebook rasminya, pagi tadi.

SULAIMAN melihat data disediakan petugas keselamatan barisan hadapan terdiri daripada anggota polis, tentera dan RELA dalam lawatannya di tiga SJR Kuala Linggi; SJR Cherana Puteh dan SJR Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka malam tadi.

Lawatan itu turut disertai Speaker
Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalannya ,Senior Asisten Komisioner (SAC) Razali Abu Samah.

Pada lawatan itu Sulaiman diberikan taklimat oleh Koperal Nazri Jamaludin di SJR Kuala Linggi dan Sarjan Rosman Jimin di SJR Cherana Puteh mengenai operasi di SJR tersebut.

Manakala Koperal Mohd Hairi Zainuddin pula memberikan taklimat operasi di SJR Tol Simpang Ampat.

Antara frontliners keselamatan yang disantuni terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

669
Kongsi :
Previous post Masyarakat masih tidak faham keperluan SJR – Polis
Next post PdPR dilanjutkan 25 hari lagi – Radzi Jidin
Ubah saiz-+=