Terima kasih untuk kasih sayang ini…

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 9 Ogos- “Terima kasih banyak-banyak untuk kasih sayang ini.”

Demikian luahan Shuib, suami kepada Allayarhamah Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pagi ini akibat COVID-19 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Menerusi video yang berdurasi 49 saat itu, Shuib meluahkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang berterusan mendoakan kesejahteraan arwah isterinya sepanjang ‘bertarung nyawa’ di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia sejak dimasukkan ke hospital itu khamis lalu.

“Assalamualaikum, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tak henti-henti mendoakan, yang buat solat hajat, bacaan Yassin.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah yang boleh membalas. Sedekahkan lagi Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih banyak-banyak untuk kasih sayang ini,” katanya.

SHUIB sebak ketika menyampaikan ucapan terakhir.

Sementara itu, menerusi siaran langsung di portal berita Malaysian Gazzette, ahli keluarga kedua belah pihak turut berada di pekarangan hospital untuk menunggu pengurusan jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Difahamkan jenazah Siti Sarah hanya ditayamum, dikafan sebelum disembahyangkan.

Tepat jam 12.13 tengah hari kelihatan van jenazah keluar dari pekarangan hospital menuju ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1290
Kongsi :
Previous post Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian bekas pelumba basikal, Ishak Alwi
Next post JPN Cawangan Melaka Tengah tutup seminggu akibat COVID-19
Ubah saiz-+=