
Tiada pertukaran kepimpinan UMNO di Melaka – Ab Rauf
TANJUNG BIDARA 30 Mei – “Tiada isu. Memang tidak ada apa-apa isu di Melaka.”
Demikian reaksi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika menjawab khabar angin yang mengaitkan kepimpinan UMNO negeri bakal bertukar dalam masa terdekat.
Beliau menegaskan sehingga kini parti berkenaan berada dalam keadaan baik dan sebarang desas-desus tidak akan sama sekali mengancam keharmonian parti.
“Saya rasa lebih baik jangan dipanjang-panjangkan kerana sehingga sekarang parti dalam keadaan baik.
“Sebarang desas-desus itu saya anggap asam garam politik.
“Apa jua yang diperkatakan, saya tidak anggap ia sebagai ancaman kepada UMNO negeri, kerana sesiapa sahaja boleh meluahkan perasaan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Melaka dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di Villa D’Acqua, malam tadi.
Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri serta Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, barisan EXCO dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...
RM7 JUTA DISALUR UNTUK LAKSANA PROJEK KECIL DUN RIM
RIM 22 September – Hampir RM7 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam...
REZEKI ‘NEWBIE’, IKAN KURAU BAWA TUAH BUAT MOHD RIDZUAN DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 September - Rezeki tidak salah alamat. Itulah yang berlaku kepada Mohd Ridzuan Jaapar, 40, apabila ikan kurau...
MAIM HULUR SUMBANGAN BAIK PULIH KEMUDAHAN MAAHAD TAHFIZ KASYFUL-ULUM
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membawa berita gembira buat Maahad Tahfiz...
