Tiada pilihan, peniaga makanan terpaksa naikkan harga

Masa Membaca:2 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 1 Dis – Peniaga dan penjaja makanan di negeri ini mengakui tersepit dengan kenaikan harga barangan basah yang mendadak ketika ini hingga terpaksa menaikkan harga jualan mereka.

Peniaga ayam goreng di Ayer Keroh, Muhammad Syafiq Hasbullah,32 berkata terjejas dengan situasi itu dia terpaksa menaikkan harga jualan ayam gorengnya daripada RM3 sehingga RM4 seketul.

“Saya berniaga bermula bulan Feb hingga sekarang dah hampir lapan bulan, pada awalnya harga untuk seketul ayam RM3 sekarang cecah RM4.

“Saya terpaksa jual dengan harga begitu disebabkan kenaikan barang basah tersebut, kesan daripada itu ada sedikit penurunan dari segi jualan, namun untuk stabilkan harga dengan pasaran saya terpaksa naikkan harga jualan.

“Bagaimanapun, kualiti makanan seperti saiz dan rasa masih saya kekalkan supaya tidak hilang pelanggan sedia ada,” katanya ketika ditemui MHI di sini, hari ini.

MUHAMMAD Syafiq

Seorang lagi Halijah Abd Rahim, 41, turut meluahkan nada sama apabila terpaksa menaikkan harga jualan makanan lebih RM1 daripada harga biasa.

“Saya niaga dah setahun setengah, ada pelanggan yang merungut harga makanan naik namun saya memberitahu ia susulan harga ayam mentah dah naik.

“Nasi lemak ayam selalunya kita jual RM5 sekarang terpaksa naik RM1 jadi RM6 sebungkus malah kos beli barang memang berganda (jika) dulu antara RM90 ke RM100, sekarang mencecah antara RM190 ke RM200, pergi pasar raya sayur-sayur semua dah naik harga.

“Tapi Alhamdulillah setakat ini pelanggan masih datang cuma mereka merungut dan kita juga ada masalah bekalan minyak masak yang susah nak dapat, kalau ada rezeki dapat la tiga paket itu pun kena pergi banyak kedai,” katanya.

HALIJAH Abd Rahim

Sementara itu, suri rumah Norida Mat Isa, 34 pula berpendapat jika perkara itu berlarutan ia akan menyukarkan golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan harian.

“Sebagai suri rumah memang agak terasa dengan harga barang sekarang. Bagi sesetengah orang yang kurang berkemampuan memang lebih terasa.

“Jadi saya rasa untuk harga barangan itu kalau boleh jangan terlalu melambung naik. Biar orang kata harga kawalan itu tidak mencapai satu tahap yang kita tidak mampu nak beli.

“Harga barang basah yang ketara naik seperti ayam, ikan dan sayur… ini yang kita makan hari-hari, jadi mungkin boleh kawal harga di situ dan ia memberi kesan kepada saya juga sebab saya suri rumah,” katanya.

HALIJAH

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

941
Kongsi :
Previous post Harga barangan keperluan asas meningkat bukan berpunca daripada peniaga – PM Ismail Sabri
Next post Tiada alasan naikkan harga ais – PM Ismail Sabri
Ubah saiz-+=