
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas pesawat di China
PUTRAJAYA, 22 Mac – Kementerian Luar memaklumkan setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tragedi pesawat Eastern Airlines MU5735 China yang terhempas di Wilayah Guangxi, China.
Dalam satu kenyataan hari ini, menurut kementerian, Kedutaan Malaysia di Beijing serta Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou memantau rapat mengenai sebarang perkembangan berhubung nahas itu.
Kementerian bagi pihak Kerajaan Malaysia, turut mengucapkan takziah dan simpati kepada China dan keluarga mangsa yang terkorban.
Sebuah pesawat yang membawa 132 penumpang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China pada Isnin petang.
Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou itu, terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian, bandar Wuzhou pada 2.38 petang. Nahas itu turut mengakibatkan kebakaran. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
AIR MATA TANDA SYUKUR, IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SELESA TERCAPAI
GADEK 12 Ogos - Air mata menjadi tanda kesyukuran seorang warga emas selepas impian untuk memiliki kediaman lebih selesa menjadi...
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
