Tidak boleh reaktif, tetapi perlu proaktif dan inovatif selesai isu rakyat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERI NEGERI 4 Dis – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri tidak akan bertindak secaea reaktif semata-mata untuk menangani segala permasalahan rakyat.

Sebaliknya, pendekatan proaktif dan inovatif perlu dilakukan terhadap apa jua isu yang menimbulkan keresahan rakyat di negeri ini.

“Luahan hati rakyat yang telah disuarakan ke atas beberapa perkara tidak boleh dianggap remeh tanpa diberikan perhatian sewajarnya.

“Isu bekalan air, banjir, pembangunan dan ekonomi antara isu yang sering menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Negeri Melaka.

“Oleh itu, pelbagai usaha proaktif oleh Kerajaan Negeri sama ada yang sedang dan akan dirancang perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah
ini melalui pendekatan jangka pendek mahupun jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan tahniah dan taat setia pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2021 sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam Ke-72, di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Mengulas mengenai isu banjir yang kerap berlaku, Sulaiman memaklumkan terdapat lapan projek bernilai RM931.2 juta telah diluluskan sebagai penyelesaian jangka panjang isu itu.

Antara projek yang akan dilaksanakan termasuklah menaik taraf kolam tebatan banjir Krubong-Durian Tunggal sebagai kolam dwi-fungsi untuk tebatan banjir dan sumber air.

“Projek ini (kolam tebatan banjir Krubong-Durian Tunggal) merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan di Malaysia.

“Selain itu, sebanyak 27 projek jangka pendek bernilai RM17.6 juta akan dilaksanakan pada tahun 2022 menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1268
Kongsi :
Previous post Kotakan manifesto – TYT
Next post Acryl Sani, Zamrose dahului penerima pingat darjah kebesaran Melaka
Ubah saiz-+=