Kotakan manifesto – TYT

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 4 Dis – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berharap agar kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dapat mengotakan kesemua manifesto yang dijanjikan.

Beliau berkata, besar harapannya untuk melihat kesemua janji itu dapat dikotakan mengikut tempoh masa ditetapkan sama ada 100 hari, satu tahun atau lima tahun akan datang.

Menurut beliau, manifesto Barisan Nasional (BN) yang Kestabilan Demi Kemakmuran yang menggariskan satu matlamat, lima teras dan 103 inisiatif itu perlu dilaksanakan bertetapan dengan pepatah ‘Jika Kerbau Dipegang Pada Talinya, Jika Manusia Dipegang Pada Katanya’.

“Saya juga amat mengharapkan agar mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat Melaka dapat dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab oleh BN dalam memimpin Melaka ke arah menuju negeri lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-72 beliau.

Mohd Ali turut berharap, agar semua janji itu dapat diterjemahkan dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri demi peningkatan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Besar harapan saya agar semua inisiatif yang akan dilaksanakan hendaklah bersifat inklusif supaya semua lapisan masyarakat tidak tertinggal dalam arus perancangan pembangunan negeri.

“Setiap dasar dan program yang dirancang oleh kerajaan negeri juga mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat bagi memastikan tahap kualiti yang lebih baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

819
Kongsi :
Previous post Perkasa usaha mantapkan kewangan Melaka
Next post Tidak boleh reaktif, tetapi perlu proaktif dan inovatif selesai isu rakyat – KM
Ubah saiz-+=