Tidak kisah jika wajib pakai pelitup muka, sudah terbiasa

Masa Membaca:2 Minit, 21 Saat

BANDA HILIR 5 Januari – Selepas dua tahun kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19, orang awam dilihat sudah terbiasa menggunakannya ketika berada di luar dan tempat terbuka.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di sekitar Bandaraya Melaka hari ini mendapati rata-rata orang awam masih kekal menggunakan pelitup muka meskipun kelonggaran sudah diberikan kerajaan terhadap kewajipan itu.

Pengunjung Abg Mohd Fikri Abg Saifuddin, 32, berkata dia sudah terbiasa dengan pemakaian pelitup muka dan akan merasa tidak selesa jika tidak menggunakannya apabila berada di luar rumah.

“Sebagai suami dan juga bapa saya sentiasa mengambil berat tentang hal ini supaya ahli keluarga saya sentiasa terlindung daripada wabak COVID-19.

“Pelitup muka pelindungan pertama untuk keluarga saya kerana virus sekarang semakin menjadi-jadi ditambah pula pelancong dari luar negara semakin ramai.

“Walaupun sekarang ia belum diwajibkan tetapi saya risaukan keluarga saya, saya setuju jika kerajaan kuatkuasakan pemakaian pelitup muka semula demi keselamatan diri masing-masing,” katanya kepada MHI.

photo_2023-01-05_15-08-11
Pelancong, Abg Mohd Fikri Abg Saifuddin, 32. Foto Iqmal Haqim Rosman

Seorang lagi, Nurhana Mat Rus, 43, turut berkongsi perkara yang sama apabila sudah terbiasa memakai pelitup muka sama ada pergi beriadah bersama ahli keluarga mahupun membeli-belah.

“Sudah dua tahun kita amalkan pemakaian pelitup muka, jadi tiada masalah kalau kerajaan kata kena kuatkuasa semula perkara ini sewaktu di luar.

“Saya sangat setuju kerana langkah ini lebih baik berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat dan ramai pelancong luar yang masuk Malaysia, jadi nasihat saya pakai saja pelitup muka ini,” katanya.

Katanya sentiasa menasihatkan ahli keluarganya terutama anak-anak dan ibu bapa untuk sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah.

“Sebagai ibu saya juga menasihatkan anak-anak pakai pelitup muka, rumah saya ada ibu dan ayah yang sudah berusia, jadi perkara ini memang menjadi keutamaan saya,” katanya.

photo_2023-01-05_15-08-50
Pelancong, Jalaluddin Muhammad, 30. Foto Iqmal Haqim Rosman

Bagi Jalaludin Muhammad, 30, dia juga mengambil pendekatan yang sama sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga sewaktu berada di kawasan ramai pengunjung.

“Saya tingga bersama ibu dan ayah, jika tidak jaga diri sudah pasti memberi risiko kepada ahli keluarga saya sendiri. Sebab itu ibu dan bapa juga saya tidak galakkan mereka kerap keluar rumah.

“Sekurang-kurangnya jika pakai pelitup muka risiko untuk terkena jangkitan yang ada sekarang ini dapat dikurangkan,” katanya.

Sementara itu pengayuh beca, Cedric De Silva, 49, turut menyokong usaha kerajaan jika pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat-tempat tertentu.

“Baguslah kalau kerajaan suruh pakai pelitup muka, lebih-lebih lagi saya pengayuh beca yang bawa pelbagai pelancong dari Negara China, Taiwan, Singapura, Hong Kong dan banyak lagi.

“Kalau pakai pelitup muka saya akan rasa lebih selamat sekali gus menjaga kesihatan diri pada usia sekarang ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2020
Kongsi :
Previous post SWM Environment sasar perluas 3R Rangers ke seluruh sekolah di Melaka
Next post Sepasang kekasih didakwa bunuh kanak-kanak lelaki di Kota Tinggi
Ubah saiz-+=