
Tidur lewat, tidak bersarapan punca pelajar longlai selepas divaksin- Dr Noor Azmi
PUTRAJAYA 30 Sept. – Pelajar lelaki yang dikatakan longlai selepas disuntik vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Mall, Klebang, Melaka didapati tidur lewat malam.
Difahamkan insiden itu tular menerusi satu rakaman video hari ini.
Portal berita Sinar Harian melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pelajar terbabit juga tidak bersarapan sebelum ke PPV berkenaan.
“Pelajar lelaki berkenaan tiada sebarang masalah kesihatan tetapi gementar ketika suntikan dibuat,” katanya.
Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 REMAJA (CITF-A) berkata, keadaan seumpamanya boleh terjadi kepada individu yang terlalu takut, risau, tertekan atau terlalu sakit.
“Keadaan begini dalam istilah perubatan dikatakan ‘syncopal attack’ atau vasovagal syncopy,” katanya.
Beliau berkata, pelajar berkenaan telah dibenar pulang selepas didapati sihat dan selesai pemerhatian di PPV.
Katanya, beliau akan melawat pelajar terbabit bagi mengetahui maklumat lebih terperinci pagi esok (Jumaat) jam 8.30 pagi.
“Apa pun pemeriksaan asas kesihatan perlu dilakukan doktor,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI WAKIL RAKYAT TURUN PADANG SETIAP HARI
RIM 21 Jun - Melaka terus membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar dekat di hati rakyat menerusi pelbagai usaha dan inisiatif...
WRUR: LEBIH 300 PROGRAM DEKATI 134,000 RAKYAT JASIN
RIM 21 Jun - Lebih 300 program bermanfaat untuk rakyat akan diadakan selama empat minggu Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PEMBIAYAAN LEBIH RM92 JUTA DILULUSKAN DI MELAKA, 4,300 USAHAWAN DAPAT MANFAAT
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Lebih 4,300 usahawan di Negeri Melaka telah menerima manfaat pembiayaan berjumlah lebih RM92 juta setakat...
HARGA DIESEL BERSUBSIDI RM2.10 SELITER UNTUK RAKYAT MALAYSIA MULAI JULAI – PM ANWAR
BINTULU, 21 Jun - Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026,...

