Tiga didakwa kemukakan maklumat palsu kepada JPN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 9 Jun – Dua individu mengaku bersalah, manakala seorang lagi memohon untuk dibicarakan atas pertuduhan mengemukakan maklumat palsu, iaitu maklumat ibu bapa kandung dan tempat kelahiran sewaktu menjadi pemaklum pendaftaran kelahiran 12 tahun lalu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JPN Melaka, Mohd Nasrom Bin Yusof dan berjalan dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Dalam prosiding dijalankan dihadapan Majistret Nabihah Mohd Noor, tertuduh Ong Geok Fen, 52, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut peraturan 25(1)b) PPN 1990 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,700 atau penjara empat bulan jika gagal membayar jumlah ditetapkan.

Sementara itu bagi prosiding di hadapan Majistret Mazana Sinin, tertuduh M Indrarani, 64, juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut peraturan 25 (1)b) PPN 1990 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,500 atau penjara tiga bulan jika gagal berbuat demikian.

Kedua-dua tertuduh menjelaskan jumlah denda masing-masing seperti yang sudah ditetapkan oleh mahkamah.

Manakala prosiding dihadapan Majistret Mohd Izwan Mohamed Noh, tertuduh Goh Kai Tit, 59, mengaku tidak bersalah atas pendakwaan mengikut peraturan 25 (1)b) PPN 1990.

Mohd Izwan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin warganegara.

Goh Kai Tit diwakili peguam Stanley Augustin & Co dan mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1052
Kongsi :
Previous post Tajuk-tajuk Utama Akhbar: Khamis, 9 Jun 2022
Next post Sulaiman hadir Festival Semarak Pelancongan Melaka di Pekanbaru
Ubah saiz-+=