
Tiga lelaki dituduh bunuh tukang masak
SHAH ALAM 30 April. – Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang tukang masak di sebuah apartmen pada 18 April lalu.
Muhammad Amirul Mohamad Ali, 21, Muhammad Muazzam Ahmad Ruzaini, 20 dan Muhammad Hafiz Daniel Norirman, 20, masing-masing hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh G. Sharvin, 21 di sebuah apartment di Jalan Kemajuan Subang, Subang Jaya, antara 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi, 18 April lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Amirah Abdul Razak.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Media sebelum ini melaporkan, seorang tukang masak dibunuh dan mayatnya disumbat dalam sebuah beg pakaian sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah dan ditinggalkan di tepi jalan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke Persiaran Kewajipan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENGAMAL MEDIA ‘BERKAMPUNG’ DI SERI NEGERI, TUNGGU PENGUMUMAN PENTING KETUA MENTERI
SERI NEGERI 22 September - Pusat pentadbiran Kerajaan Melaka, Seri Negeri, hari ini menjadi tumpuan pengamal media yang ‘berkampung’ bagi...
KEPERLUAN LEBIH 50,000 PENDUDUK DUN DURIAN TUNGGAL JADI FOKUS ZAHARI LIMA TAHUN AKAN DATANG
DURIAN TUNGGAL 22 September - Penyelesaian isu infrastruktur, banjir, selain memperkukuh kemudahan awam serta kebajikan rakyat khususnya golongan anak muda...
ZAHARI LAKSANA 80 PERATUS MENIFESTO DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 22 September - Selepas hampir lima tahun menerajui Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal kira-kira 80 peratus manifesto...
‘SUMBANGAN RUMAH JADI PERMULAAN BAHARU KELUARGA ZAKARIA’
RIM 22 September - Kediaman baharu bagi menggantikan rumah usang berusia kira-kira 80 tahun akan menjadi permulaan lembaran baharu kehidupan...
SELEPAS HAMPIR TIGA TAHUN, SIMPANG CHABAU KINI LEBIH TERATUR
RIM 22 September – Simpang Chabau yang sebelum ini menjadi antara lokasi berisiko berlaku kemalangan kini lebih teratur selepas kerja...
PARAKOM LAHIRKAN HAMPIR 2,000 SUKARELAWAN SEJAK DIPERKENALKAN
TANJUNG BIDARA 22 September - Paramedik Komuniti (PARAKOM) telah melahirkan hampir 2,000 sukarelawan sejak diperkenalkan hasil cetusan idea Ketua Menteri...

