
PENGAMAL MEDIA ‘BERKAMPUNG’ DI SERI NEGERI, TUNGGU PENGUMUMAN PENTING KETUA MENTERI
SERI NEGERI 22 September – Pusat pentadbiran Kerajaan Melaka, Seri Negeri, hari ini menjadi tumpuan pengamal media yang ‘berkampung’ bagi membuat liputan Sidang Media Khas oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Dianggarkan lebih 30 wartawan, jurugambar dan juruvideo mewakili pelbagai organisasi media mula berkumpul di Auditorium Seri Negeri, Blok Laksamana, sejak jam 12.30 tengah hari.
Ia adalah susulan spekulasi sidang media berkenaan adalah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada hari ini, sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Meskipun sidang media dijadualkan bermula pada jam 2 petang, namun wakil media cuba mendapatkan komen awal daripada Ab Rauf berhubung spekulasi pembubaran DUN Melaka.
Bagi pengamal media, perkara diumumkan oleh Ab Rauf hari ini menjadi antara detik penting dalam tugasan kewartawanan apabila setiap perkembangan berkaitan pembubaran DUN perlu disampaikan dengan pantas, tepat dan berhemah kepada rakyat Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...

