
TIGA MAUT, KERETA TERBABAS LANGGAR PEMBAHAGI JALAN
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Tiga lelaki maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban (BESRAYA) menghala ke tol Sungai Besi, berhampiran susur keluar Balakong, pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.57 pagi sebelum 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dan BBP Bukit Jalil bergegas ke tempat kejadian.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Shahrum Din berkata tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu berusia lingkungan 30-an dan mengalami kecederaan parah.
“Bomba mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan kesemua mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR SERKAM: MPJ BINA LIMA KEDIAMAN BAHARU, BAIK PULIH 47 RUMAH
SERKAM 2 Julai - Lima keluarga sebelum ini tinggal di rumah dalam keadaan daif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam...
MELAKA AKAN KAJI SEMULA GAJI GURU KAFA, BELA KEBAJIKAN PENDIDIK JAIM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap kebajikan pendidik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk...
MAIM GUBAL GARIS PANDUAN, WAJIBKAN PENDAFTARAN OPERATOR VAN JENAZAH
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggubal garis panduan khusus termasuk mewajibkan pendaftaran pengusaha atau...
21 KELAS BIMBINGAN MAIM PERKASA KEFAHAMAN MUALAF MELAKA
BUKIT KATIL 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf...
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
TOK RAUF ‘SPONSOR’ KENDURIAN MELAKA, 2,000 PENGUNJUNG PERTAMA CUMA BAYAR RM10
AYER KEROH 2 Julai - Orang Melaka menjadi 2,000 pengunjung pertama hadir ke Festival Durian Melaka 'Kendurian' 2026 pada 5...

