
Tiga PPS dibuka bagi mangsa banjir di Baling
BALING, 5 Julai – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari empat buah kampung di daerah ini pada malam ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata tiga PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi, SK Syed Sheh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai.
Bagaimanapun, katanya, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS tersebut sedang dikemas kini.
“Banjir setakat ini melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang serta Kampung Sedim dan Kampung Jernang di Mukim Bakai,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Selain itu, beliau berkata ketika ini operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kawasan banjir masih giat dijalankan.
Banjir di kawasan terlibat berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang tadi turut menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berdekatan tebing.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...
