Sorting by

×

APM Melaka mahu tubuh lebih banyak CDERT

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDA HILIR 5 Julai – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama menyertai Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT)

Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, ia bertujuan untuk memastikan setiap daerah mempunyai CDERT yang boleh digerakkan sebagai pasukan penyelamat dalam sebarang bencana yang berlaku.

Katanya, usaha giat dijalankan untuk meningkatkan lagi jumlah keanggotaan CDERT dalam kalangan komuniti di seluruh Melaka.

“Baru-baru ini kita berjaya melatih hampir 40 CDERT Elit yang mana mereka ini menjalani latihan selama 16 jam menerusi beberapa kategori ditetapkan.

“Mereka dilatih tentang kemahiran ilmu pertahanan awam supaya dapat mempersiapkan diri menghadapi sebarang bencana di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pegawai Bersekutu APM di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Pegawai Bersekutu Korporat, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Mike Thein Kim Siang.

Menurut Kamarulsyah, mereka yang ingin menjadi anggota CDERT mestilah berusia lingkungan usia 18 sehingga 60 tahun.

“Kalau lebih 60 tahun kita akan ‘renew’ setiap tahun mengikut kelulusan daripada pusat sebab selepas usia ini perlu ada kelulusan khas.

“Anggota CDERT berdaftar sejak dulu (tahun 2004) ramai, tapi yang aktif lima tahun ini ada 10 ke 11 organisasi CDERT, setiap organisasi ada 25 anggota,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi yang ingin menjadi anggota bersekutu umur yang dihadkan bermula 35 tahun ke atas.

“Kedua-dua anggota ini dapat membantu APM sama ada dari segi akademik, korporat, kewangan dan lain-lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1172
Kongsi :
Previous post Syed Saddiq arah wang tunai RM1 juta dikeluarkan daripada akaun Armada – Saksi
Next post Tiga PPS dibuka bagi mangsa banjir di Baling
Ubah saiz-+=