Tikam ibu, lelaki direman tujuh hari

Masa Membaca:49 Saat

AYER KEROH 6 Julai – Lelaki yang menikam leher ibunya sehingga mati selepas mendakwa terdengar bisikan halus dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, di sini, semalam, direman tujuh hari sehingga 12 Julai.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin, selepas permohonan dibuat polis, pagi ini.

Suspek yang juga penganggur berusia 38 tahun yang memakai baju lokap bewarna ungu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka kira-kira jam 9.40 pagi.

Semalam, mangsa yang juga pesara guru ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidur.

Melaka Hari Ini, semalam melaporkan seorang anak yang tergamak menikam ibu kandung sehingga mati di Kampung Paya Luboh, di sini, pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, ketika ditahan suspek mengaku menikam leher kiri dan kanan ibunya menggunakan sebilah pisau berukuran 26 sentimeter (cm).

Beliau berkata, suspek mendakwa bertindak sedemikian selepas terdengar bisikan yang menyuruhnya menikam mangsa kerana ibunya dikatakan menyembah berhala.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1360
Kongsi :
Previous post Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam
Next post Jenazah tiga mangsa banjir di Baling selamat dikebumikan
Ubah saiz-+=