Tingkatkan disiplin kerja, jadikan negara maju jaya – Ketua Menteri

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 1 Mei – Golongan pekerja diingatkan supaya terus meningkatkan disiplin, berwawasan, kreatif dan sedia untuk meneroka cabaran baharu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Menerusi catatan Facebook rasminya, beliau berkata, ia perlu bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju jaya dan bahagia.

Jelasnya, beliau yakin golongan itu mampu bangkit membantu kerajaan untuk mengembalikan kestabilan ekonomi dan negara.

“Seiring tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini iaitu ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara’, saya optimis golongan pekerja akan terus komited untuk kembali bangkit bersama-sama kerajaan dalam membina kembali ekonomi dan negara Malaysia tercinta.

“Tatkala negara sudah mula memasuki fasa endemik COVID-19, suka saya hendak ingatkan kepada golongan pekerja supaya terus meningkatkan tahap disiplin dalam pekerjaan, berwawasan, kreatif, dan bersedia meneroka cabaran baharu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju jaya, rakyatnya bahagia, terus menggamit dunia.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei 2022 kepada semua golongan pekerja di Malaysia khususnya bagi rakyat Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1190
Kongsi :
Previous post Kerajaan sentiasa hargai sumbangan pekerja Keluarga Malaysia
Next post Pemandu teksi maut tercampak 10 meter
Ubah saiz-+=