TM Melaka, MHI perkasa digital media

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 18 Julai – Telekom Malaysia Berhad (TM) Melaka mengadakan lawatan ke Melaka Hari Ini (MHI) bagi bagi membincangkan jalinan kerjasama dalam usaha memperkasakan lagi media digital dan perkhidmatan berkaitan jalur lebar di negeri ini.

TM Melaka diketuai Pengurus Besarnya, Datuk Rozlan Mohamed; Penolong Pengurus Besar, Moktar Sirun; State Regulatory and Engagement TM Melaka, Abdul Rahim Abu Talib dan Pengurus State Regulatory and Engagement TM negeri, Salina Mustapa.

Kedatangan wakil TM disambut Pemangku Ketua Eksekutif MHI, Nasharuddin Muhammad dan Ketua Pemasarannya, Muhammad Hamzi Rosmani.

Hadir sama, Ketua Pengarang, Salman Hamat; Ketua Melaka TV, Sonny Ikmal Ahmad Kamil; Pengarang Akhbar, Muhammad Fazrul Abdul Majid; Pengarang Digital, Farah Suhaidah Othman dan Ketua Jurugambar, Iqmal Haqim Rosman.

IMG_9101
Perbincangan di antara Telekom Malaysia (TM) Negeri Melaka dengan Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) mengenai jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak. TM diketuai Pengurus Besarnya Datuk Rozlan Mohamed. Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MHISB Nasharuddin Muhammad dan Ketua Pengarang Mohd Salman Hamat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pertemuan santai lebih satu jam itu membincangkan pelbagai kerjasama menang-menang untuk kedua-dua belah pihak selain peranan boleh dimainkan TM dan MHI dalam mendidik pengguna mengenai ancaman ‘scammar’ dan perkhidmatan yang disediakan.

Pertemuan sama turut membincangkan mengenai promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kepada usahawan pelancongan serta industri penghotelan selain memperkasa usahawan digital menerusi Pusat Digital Ekonomi (PEDi).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1427
Kongsi :
Previous post Muhammad Sanusi tiba di mahkamah bagi hadapi tuduhan
Next post PRK Kuala Terengganu serentak dengan PRN enam negeri pada 12 Ogos – SPR
Ubah saiz-+=