TMM2024: Melaka gelanggang kejohanan seni mempertahankan diri

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KOTA LAKSAMANA 2 September – Lebih banyak kejohanan membabitkan sukan seni mempertahankan diri akan dianjurkan di negeri ini sepanjang tahun badapan, sekali gus mewarnai sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, penganjuran peringkat kebangsaan dan antarabangsa itu akan membabitkan Wushu, Muay Thai, Karate, Taekwondo dan sebagainya.

“Penganjuran kejohanan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, namun apa yang pasti kita akan perbanyakkan lagi pada tahun hadapan.

“Saya difahamkan beberapa persatuan telah menyenaraikan Melaka sebagai lokasi penganjuran kejohanan mereka pada tahun hadapan dan ini merupakan salah satu limpahan yang akan dimanfaatkan sempena TMM2024.

“Dengan penganjuran kejohanan seperti ini ia mampu mewarnai sambutan TMM2024 malah menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, merasmikan 1st Ever Grand Karate Group Training Malaysia 5 Hours Non-Stop Open 2023 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Zahari Abd Kalil dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2440
Kongsi :
Previous post Car free zone: Sistem parkir mekanikal diteliti
Next post Lebih 800 pemancing berentap rebut RM10,000 di Sungai Melaka
Ubah saiz-+=