TMM2024: Panorama Melaka perkenal pakej pelancongan naik bas

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

PENGKALAN BATU 26 Julai – Panorama Melaka Sdn Bhd bakal memperkenalkan satu pakej pelancongan khas menaiki bas sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengurus Besarnya, Rohazam Bakar berkata, menerusi pakej yang bakal diperkenalkan itu, pelancong atau rakyat Melaka boleh membeli satu tiket dengan harga istimewa yang boleh digunakan untuk menaiki bas dan masuk ke pusat pelancongan terpilih.

Katanya, inisiatif itu sekali gus berupaya memberi pengalaman baharu melancong dengan menaiki pengangkutan awam di negeri ini.

“Insya-Allah kita sedang berbincang dengan beberapa pusat pelancongan seperti Zoo Melaka, Muzium Kapal Selam, Menara Taming Sari dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk kita perkenal satu pakej ‘bundle’ dengan harga lebih murah.

“Ini bermakna pelancong hanya beli satu tiket tapi boleh ‘all access’ ke lokasi pelancongan yang akan disenarai kelak.

“Tiket ini boleh dibeli di kiosk yang akan kita buka di kaunter Panorama Melaka yang akan kita buka sama ada di Melaka Sentral atau lokasi tumpuan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Melaka Sentral.

WhatsApp Image 2023-07-26 at 14.43.50
ROHAZAM

Menurut beliau, menerusi pakej itu, pelancong digalakkan menaiki bas untuk ke pusat pelancongan yang tersenarai.

Namun, katanya, menerusi tiket itu juga pelancong boleh menaiki kenderaan masing-masing untuk ke destinasi tersebut.

“Ini adalah salah satu cara untuk kita membantu menambah nilai produk pelancongan kita sempena TMM2024.

“Pada masa sama, kita juga mahu menggalakkan pelancong menaiki pengangkutan awam yang disediakan,” katanya.

Semantara itu, mengulas mengenai inisiatif bas singgah-singgah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri, beliau berkata, inisiatif itu akan diteruskan membabitkan enam lokasi yang disenaraikan.

Katanya, lokasi itu ialah Melaka Sentral, Zoo melaka,Quayside, Menara Taming Sari, Muzium Kapal Selam dan Dataran Klebang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1559
Kongsi :
Previous post Keselesaan, keselamatan pelancong keutamaan PPSPM
Next post Hargai erti kemerdekaan, edar 1,000 Jalur Gemilang – JaPen
Ubah saiz-+=