Tokan dadah hanya dua bulan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 12 Mac – Seorang pekerja kilang baru dua bulan terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dicekup polis bersama sejumlah bahan terlarang itu, pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan di tepi jalan di Taman Merdeka, Batu Berendam, kira-kira jam 6.30 petang.

MOTOSIKAL dirampas daripada suspek.

Beliau berkata, ketika ditahan polis turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu bersama 20 biji pil yaba atau kuda bersamanya.

“Susulan tangkapan itu  ke sebuah rumah di Taman Rumpun Bahagia, Bachang dan menemui sejumlah lebih 770 gram dadah dipercayai syabu serta 1,650 biji pil yaba.

“Siasatan lanjut dijalankan mendapati suspek disyaki mengedar dadah sendiri melalui pesanan diterima melalui telefon bagi pelanggan tetap sekitar Taman Merdeka dan Batu Berendam,” katanya.

Menurutnya, siasatan dilakukan juga mendapati suspek aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Keseluruhan dadah yang dirampas termasuk pil dianggarkan berjumlah kira-kira RM50,000 selain ujian saringan air kencing dijalankan mendapati suspek negatif dadah.

“Selain tangkapan keatas suspek polis turut menyita dua buah motosikal untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Zulkiflee, suspek kini direman tujuh hari sehingga 16 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2190
Kongsi :
Previous post Penduduk di kawasan cerun perlu peka, kesan indikasi awal tanah runtuh
Next post PRN Johor: Saya mewakili satu keluarga positif COVID-19 – Pengundi muda
Ubah saiz-+=