Total lockdown: Kompleks beli-belah ditutup, pasar raya, kedai makan dibenarkan operasi

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PUTRAJAYA 30 Mei – Kompleks beli-belah atau ‘shopping mall’ antara disenaraikan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh (PKP 3.0) bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu bagaimanapun dikecualikan kepada premis makanan, menjual barangan penjagaan diri serta kedai runcit yang terdapat di dalam kompleks beli-belah berkenaan.

Katanya, memandangkan sektor makanan dan minuman disenaraikan sebagai sektor perlu (essential),kerajaan telah memberi kebenaran untuk kesemua pasar raya (hypermarket) dalam negara beroperasi sepanjang tempoh tersebut, namun terhad kepada bahagian makanan, minuman dan barangan keperluan asas sahaja.

“Selain pasar raya, kita juga membenarkan kedai-kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi dan kedai penjagaan diri untuk beroperasi sepanjang 1 hingga 14 Jun ini,” katanya dalam sidang media pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan juga telah membenarkan restoran, kedai makan dan outlet makanan beroperasi, namun sama seperti sebelum ini, iaitu terhad kepada pembelian bungkus atau bawa pulang sahaja.

“Selain kedai makan, kita juga membenarkan dobi, kedai mata dan kedai makanan haiwan untuk beroperasi,” katanya lagi.

Beliau menegaskan semua sektor perniagaan terbabit dibenarkan beroperasi dari jam
8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

417
Kongsi :
Previous post Total lockdown: Hanya 12 sektor perkilangan dibenar beroperasi, kapasiti pekerja 60 peratus
Next post Sektor kesihatan boleh lumpuh jika tiada ‘lockdown’
Ubah saiz-+=