Tragedi persimpangan lampu isyarat, dua penunggang maut

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ALOR GAJAH 1 Oktober – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Ampat, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Muhammad Farul Rizuan Zulkiply, 32 yang menunggang motosikal SYM Jet X dan Abd Rahim Hussin, 74, menunggang Yamaha Ego Avantiz meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal SYM Jet X yang juga pekerja sebuah kilang automotif dalam perjalanan menghala ke Air Paabas melalui persimpangan itu ketika lampu isyarat berwarna hijau.

Ketika melalui persimpangan lampu isyarat itu, datang sebuah lagi motosikal Yamaha Ego Avantis yang ditunggangi warga emas dari arah Alor Gajah membuat pusingan U.

“Ia menyebabkan penunggang motosikal SYM tidak dapat mengelak dan telah merempuh penunggang Yamaha Ego Avantis yang sedang membuat pusingan U itu.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat,” katanya.

WhatsApp Image 2021-07-11 at 13.28.06
KETUA Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Beliau berkata, ketika kejadian keadaan cuaca adalah baik dan saksi diminta tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

18578
Kongsi :
Previous post Gred Guru Besar, Guru Penolong Kanan sekolah rendah ditingkatkan ke gred maksimum DG54
Next post MPAG tingkat perkhidmatan buat warga Alor Gajah
Ubah saiz-+=