Tuah reka logo, Azrul Rizad bawa pulang RM5,000

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 16 Nov. – Rekaan logo oleh Azrul Rizad Othman bagi slogan rasmi Kerajaan Negeri Melaka iaitu ‘Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia’ diumumkan sebagai pemenang hadiah utama bagi pertandingan reka cipta logo anjuran kerajaan negeri.

Azrul yang berasal dari negeri ini, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta sijil penghargaan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali di Seri Negeri, sebentar tadi.

AZRUL Rizad menunjukkan logo rekaannya yang memberi tuah kemenangan dalam pertandingan logo itu.

Manakala 10 pemenang sagu hati pula menerima wang tunai masing-masing berjumlah RM500 berserta sijil penghargaan.

Sulaiman menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Melaka, mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang Pertandingan Reka Cipta Logo ‘Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia’.

Pertandingan tersebut telah dilaksanakan bermula pada 29 Julai 2020 hingga 25 Ogos 2020 dan menyaksikan sebanyak 90 penyertaan dari seluruh negara telah diterima, antaranya dari Selangor, Johor dan majoriti penyertaan dari Melaka.

Sesi penjurian telah diadakan pada 27 Ogos 2020. Penjurian dilaksanakan secara profesional oleh empat orang juri yang diketuai oleh Pensyarah Seni Lukis dan Seni Reka, Penyelaras Imej, Rekaan Grafik, Fotografi dan Produksi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Mohd. Hanif Mohd. Omar.

Berikut merupakan senarai nama pemenang sagu hati:

1. Rahizad Minhad dari Melaka
2. Mohd. Fauzi Harun dari Melaka
3. Nik Narimah Nik Abdullah dari Melaka
4. Md. Khairul Adni Abd. Rani dari Selangor
5. Husain Shahid Hafiz Al-Asadi, dari Selangor
6. Shahril Azizi Abu Bakar dari Melaka
7. Muhmammad Syaiful Md. Nasir dari Melaka
8. Muhammad Fahmi Azri Mustafa dari Melaka
9. Suhailah Lamri dari Johor
10. Hail Jefri Rusli dari Melaka

Views:

1216
Kongsi :
Previous post Pekan Kuala Sungai Baru dinaiki air
Next post Pengusaha bas Melaka ‘nazak’
Ubah saiz-+=