
Tubuh Sekretariat Tahun Melawat Melaka 2024
AYER KEROH – Sekretariat Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan ditubuhkan bagi menyusun segala persiapan dan program untuk menyambut pelancong tahun depan.
Itu merupakan perancangan fokus utama Datuk Abdul Razak Abdul Rahman sebaik dilantik sebagai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
Abdul Razak berkata, sekretariat berkenaan dicadang akan dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
“Dengan adanya sekretariat ini, segala perancangan, susun atur aktiviti dan program serta produk-produk (pelancongan) yang akan diketengahkan akan dibincangkan secara bersama,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Abdul Razak memaklumkan pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama agensi dan pemain industri terlibat dalam masa terdekat bagi menilai penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam sektor pelancongan negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
PEMERKASAAN BAKAT PROFESIONAL MARITIM, PELABURAN PENTING UNTUK MALAYSIA
KUALA LINGGI 1 Oktober - Pembangunan sumber manusia berkemahiran dan berkualiti dalam bidang maritim adalah satu bentuk pelaburan penting sebagai...
