TMM 2024, isu kebersihan, kualiti perkhidmatan fokus Rais

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 7 April – Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), meningkatkan mutu perkhidmatan, isu kebersihan dan menyelesaikan isu berbangkit antara fokus Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput itu berkata, setakat ini beliau sempat melakukan libat urus di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Jelasnya misi dan visi yang menjadi keutamaan baginya sekarang adalah membaiki mutu perkhidmatan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Saya akan merangka pelan hala tuju yang jelas, kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan memberi penekanan terhadap aspek kebersihan, kerana fokus Negeri Melaka ketika ini adalah menjayakan TMM2024.

“Bagi tujuan ini saya tidak ada masalah untuk merujuk Datuk Zaidi Attan kerana beliau memegang portfolio ini sebelum ini. Selama ini kami bekerja rapat. Kami akan duduk bersama, saya minta nasihat, apa yang boleh diteruskan dan apa yang ingin diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas Pengumuman 10 Timbalan Exco Kerajaan Negeri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sebuah hotel, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Rais yang sebelum ini memegang portfolio Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi berkata beliau mengharapkan kerjasama baik daripada semua PBT.

“Manakala, bagi aspek perumahan, saya harap dapat menyelesaikan pelbagai isu berbangkit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1817
Kongsi :
Previous post Tak selesai semua, kita cuba kurangkan
Next post Tubuh Sekretariat Tahun Melawat Melaka 2024
Ubah saiz-+=