Tak selesai semua, kita cuba kurangkan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER LIMAU 7 April – Perbincangan terperinci bersama agensi terbabit akan dijalankan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, bagi mencari formula terbaik dalam menangani masalah kesesakan di Melaka.

Hameed berkata, pelbagai kaedah perlu difikirkan bagi mengurangkan kesesakan kerap berlaku khusus pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

Menurutnya permasalahan itu akan dibincangkan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi terlibat dalam masa terdekat ini.

Baru dilantik sebagai Exco, Hameed mengakui isu penyuraian trafik di Negeri Melaka merupakan cabaran terbesar baginya ketika ini.

“Menjadi cabaran besar buat saya untuk melihat permasalahan trafik ini dikurangkan, nak cakap selesai tak mungkin sepenuhnya.

“Tapi kita perlu cari jalan untuk kurangkan, selesai sepenuhnya mungkin bagi jangka masa panjang. Mungkin boleh fikirkan pembinaan jalan, jejambat atau keadah lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tabung haji Kepada Asnaf Ayer Limau Di Japerun Ayer Limau, di sini, semalam.

Jelasnya waktu puncak bagi hari bekerja dan hujung minggu juga berbeza berikutan itu semua aspek perlu dikaji untuk mengatasi masalah itu.

“Pada hari bekerja waktu puncak adalah jam 8 hingga 10 pagi diikuti jam 4 hingga 5 petang. Sabtu dan Ahad tidak menentu, boleh jadi sepanjang masa.

“Mungkin boleh laksanakan laluan sehala pada waktu puncak, namun saya perlu bincang dengan JKR. Mungkin mereka sudah ada cadangan sebelum ini tetapi tidak boleh dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1222
Kongsi :
Previous post Anggap serius dakwaan jual beli organ – KP Kesihatan
Next post TMM 2024, isu kebersihan, kualiti perkhidmatan fokus Rais
Ubah saiz-+=