
Isu parkir Hospital Melaka cabaran Hee Sem
AYER KEROH 7 April – Meskipun bakal berdepan pelbagai cabaran, menyelesaikan permasalahan parkir di Hospital Melaka tetap menjadi keutamaan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.
Hee Sem berkata, perbincangan dengan semua pihak berkaitan amat penting baginya sebelum sebarang tindakan penyelesaian permasalahan itu yang berlarutan sejak sekian lama dilaksanakan.
Katanya perjumpaan bersama Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr. Rusdi Abd Rahman juga amat penting dalam mendapatkan gambaran sebenar mengenai kualiti perkhidmatan kesihatan di Melaka.
“Selain daripada masalah parkir saya juga mahu beri perhatian kepada keadaan klinik kesihatan luar bandar.
“Jika perlu dinaik taraf saya akan uruskan bajet, kerana kualiti perkhidmatan kesihatan yang baik adalah fokus saya,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sebuah hotel, di sini, semalam.
Namun beliau berharap orang ramai memberikan peluang kepadanya untuk menjalankan tugas mengikut portfolio baharu itu selepas mengangkat sumpah 5 April lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
