MBMB beri ‘duit raya’ setengah bulan gaji

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 7 April – Semua warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima ‘duit raya’ setengah bulan gaji atau minimum RM 2,500 menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata kakitangan MBMB juga akan menerima RM 700 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 yang telah diumumkan oleh Kerajaan Pusat.

Katanya, MBMB akan menambah setiap seorang sebanyak RM100 lagi sebagai mengganti cenderahati Malam Apresiasi MBMB Tahun 2022 yang belum diterima.

“Bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menceriakan semua warga kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Pentadbiran MBMB 2023 di Dewan Taming Sari, MBMB, di sini, hari ini yang dihadiri 1,200 warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin dan Timbalannya Zukiflee Mohd Zain.

Sementara itu Rais ketika mengulas perkara itu berkata, memberitahu pemberian duit raya dianggap sebagai pembakar semangat kepada warga kerja MBMB untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1758
Kongsi :
Previous post Isu parkir Hospital Melaka cabaran Hee Sem
Next post Shanmugam mahu realisasikan DUN Belia
Ubah saiz-+=