
Shanmugam mahu realisasikan DUN Belia
AYER KEROH 7 April – Merealisasikan kewujudan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia menjadi antara fokus utama VP Shanmugam sebaik dilantik semula sebagai Exco Belia, Sukan dan NGO.
Beliau berkata, sebelum ini segala perancangan telah dilakukan namun perancangan itu tergendala berikutan ia memerlukan peruntukan bagi memulakan pergerakan pertama agenda tersebut.
“Kita bersyukur kerana Kerajaan Negeri telah meluluskan bajet RM281,000 untuk memulakan langkah pertama DUN Belia ini.
“Seterusnya, kita akan memperincikan pemilihan belia bagi mewakili setiap DUN sama ada mengundi wakil atau membuat lantikan daripada persatuan atau kelab media yang bakal melalui temuduga.
“Jadi, kita akan buat pilihan yang terbaik supaya DUN belia dan perjalanan sidang DUN Melaka bergerak seiring,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri bersama pengamal media Melaka di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Shanmugam turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kerana memberi kepercayaan kepadanya meneruskan tugas tersebut, selain mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang akan menyatukan rakyat dan negeri demi kestabilan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
PRN MELAKA: VISI JASMINE PACU KOTA MELAKA LEBIH DINAMIK – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Kota Melaka perlu terus diperkasakan sebagai pusat ekonomi dan pelancongan yang lebih dinamik menerusi pendekatan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA SUNGAI UDANG IDAM KEMUDAHAN SUKAN SELESA, SELAMAT
SUNGAI UDANG 8 November - Padang bola sepak yang lebih sempurna, gelanggang sukan selamat serta penambahan kemudahan riadah antara harapan...
