Gotong-royong bersepadu bersihkan Melaka

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 7 April – Program gotong-royong bersepadu akan diaktifkan semula bagi memastikan persekitaran Negeri Melaka bersih dan indah menjelang sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, berikutan itu pihaknya menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terbabit.

Rais berkata gotong-royong itu dijangka dilaksanakan selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dengan kekerapan dua minggu sekali.

“KPI ini bertujuan memastikan setiap Ahli Majlis menjalankan program bersama JPKK selain turut melibatkan agensi kerajaan berkaitan yang lain.

“Jadi semangat gotong-royong ini bukan saja penting untuk kita pupuk kembali kebersamaan, tetapi paling utama memastikan Melaka kembali menjadi sebuah negeri yang bersih,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Exconya, Zulkiflee Mohd Zin dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Beliau berkata satu mesyuarat penyelarasan bersama semua PBT akan diadakan untuk membincangkan kaedah pelaksanaan dan kelancaran program gotong-royong berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1182
Kongsi :
Previous post Shanmugam mahu realisasikan DUN Belia
Next post Kaji semula projek RTB tertangguh
Ubah saiz-+=