Tujuh individu ditahan pecah tabung masjid

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MELAKA 3 Mac – Seorang remaja yang tidak bersekolah berusia 15 tahun antara tujuh individu ditahan dipercayai terbabit dalam kegiatan kes pecah tabung masjid di negeri ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata semua suspek berusia antara 15 hingga 35 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan sejak Januari lalu.

Katanya, semua suspek itu dipercayai bergerak secara solo dan mencuri tabung masjid bagi membeli dadah dalam kuantiti kecil dan perbelanjaan harian berikutan kesemuanya tidak memiliki pekerjaan tetap.

“Siasatan mendapati semua suspek dipercayai memasuki masjid dengan memakai helmet dan pelitup muka antara antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi sebelum masuk solat Subuh sebelum mencuri wang dalam tabung berkenaan.

“Suspek menyasarkan masjid yang tidak berkunci manakala bertindak mengumpil pintu masjid bagi memasuki premis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Dengan penahanan semua suspek, polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah tabung masjid yang kerugiannya dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya.

“Sehubungan itu, semua ahli jawatankuasa rumah ibadah terutamanya masjid dan surau di ini diminta memberi lebih perhatian ke atas perkara ini
dan menyarankan kutipan wang dalam tabun itu disimpan di tempat selamat bagi mengelakkan kes berulang.

“Selain itu, rumah ibadah itu perlu dipasang kamera litar tertutup bagi meningkatkan pemantauan keselamatan dan memudahkan polis menjalankan siasatan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

911
Kongsi :
Previous post Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Melaka elak akidah terpesong
Next post Saya tidak pernah hadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA – Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=