Tujuh premis kotor kena kompaun – MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 14 Mei – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengeluarkan sebanyak lapan kompaun terhadap tujuh premis atas pelbagai kesalahan, baru -baru ini.

Yang Dipertuanya Datin Sapiah Haron berkata, kompaun itu dikeluarkan dalam Operasi Pemeriksaan Premis Perniagaan secara mengejut terhadap kedai yang beroperasi waktu malam di bawah kawasan pentadbiran MPHTJ.

“Ada tujuh premis kita periksa dalam operasi mengejut ini, (dan) hasil pemeriksaan sebanyak lapan kompaun dikeluarkan yang mana terdapat satu premis diberikan dua kompaun.

“Antara kesalahan dilakukan adalah premis makanan yang tidak mengutamakan kebersihan semasa menjalankan perniagaan.

“Sebelum ini notis amaran telah dikeluarkan tetapi pemilik premis masih dalam keadaan kotor,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023-05-14 at 6.38.56 PM (1)
ANTARA premis makanan yang tidak menjaga kebersihan.

Operasi dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan MPHTJ itu diketuai Pengarah Penguatkuasa MPHTJ, Noor Bahiyah Samsul Baharin.

Ujarnya, dalam operasi itu juga terdapat beberapa barangan pemilik premis yang disita kerana diletakkan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain memfokuskan kebersihan premis, operasi ini juga menjalankan pemeriksaan berkenaan permit kerusi meja yang diluluskan.

“Tindakan sitaan telah diambil kepada premis yang meletakkan kerusi meja melebihi permit diluluskan kerana melibatkan isu keselamatan pelanggan dan pengguna jalan raya.

“Kita akan menjalankan pemantauan secara berkala berkenaan premis menjual makanan ini bagi menjamin tahap kebersihan dan keselamatan orang awam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1393
Kongsi :
Previous post Penemuan mayat dua beranak berpelukan terpahat dalam ingatan
Next post Pengusaha guna sumber air perlu ada lesen – BKSA
Ubah saiz-+=