
Tukang gunting rambut didakwa bunuh teman wanita
IPOH, 21 Okt – Seorang tukang gunting rambut didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya minggu lepas.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada M. Krishnaa Kumar, 24, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa menyebabkan kematian M. Shankavi, 23, dalam kawasan semak berhampiran Jalan Besar Tambun di sini antara pukul 3.11 pagi 8 Okt hingga 5.25 pagi 12 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 16 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sebelum ini media melaporkan mayat wanita ditemukan dalam kawasan semak selepas pihak polis menerima maklumat pada 5.25 pagi mengenai sebuah kereta yang terbabas di tepi longkang.
Semasa anggota polis tiba untuk menjalankan siasatan mengenai kemalangan itu, mereka menjumpai satu mayat reput dalam kawasan semak dengan jarak lebih kurang dua meter dari lokasi kereta yang dipandu seorang lelaki itu terbabas.
Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita itu mendapati kematiannya berpunca akibat dicekik.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TANJUNG BIDARA BERSELAWAT HIMPUNKAN LEBIH 5,000 UMAT ISLAM
TANJUNG BIDARA 18 September - Lebih 5,000 umat Islam hadir memeriahkan Program Tanjung Bidara Berselawat sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
BIMBINGAN MAIM JADI PEMACU NUR HIDAYAH BINA KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Bermula sebagai mualaf yang menerima bimbingan dan sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nur Hidayah...
MURID SK LUBOK REDAN TERUJA ‘UJI NASIB’ JAWAB SOALAN SPONTAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA, 18 September - Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Redan gamat dengan sorakan murid apabila Ketua Menteri Melaka,...
ADUAN RAKYAT JADI ‘PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini menjadi antara sumber...
LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 18 September - Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, diharap mampu mengurangkan risiko...
WRUR TANJUNG BIDARA: HEBAT TERIMA LEBIH 124 ADUAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Sebanyak 124 aduan rakyat diterima sepanjang Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) sempena Program Wakil...
