Tukar barang buangan jadi duit

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 23 Februari – Kempen Anda Kitar Kami Bayar (AKKB) berlangsung di Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) baru-baru ini menerima sambutan amat memberangsangkan, sekali gus membuktikan kesedaran orang ramai terhadap amalan hijau itu semakin meningkat.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, menerusi kempen itu sebanyak 13,170 kilogram (kg) barangan kitar semula dengan nilai jualan RM9,789 berjaya dikumpul.

Shadan berkata, mengikut pecahan barangan dikumpul adalah minyak masak terpakai sebanyak 2,949 kg (RM8,257.20), bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) sebanyak 1,353 kg (RM270.60), fabrik 4,489 kg (RM448.90) dan barang 3R (guna semula, kurangkan, kitar semula) sebanyak 4,379 kg (RM812.30).

“Program ini dijayakan dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Life Line Clothing, Kloth Cares, Meriahtek (M) Sdn Bhd serta Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

“Perjalanan program dilancarkan lagi dengan bantuan 20 sukarelawan termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sekitar Negeri Melaka, selain kakitangan kami sendiri,”  katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 02 23 At 2.20.48 Pm
MINYAK masak terpakai dikumpul dengan nilai RM8,257.20.

Beliau berkata, inisiatif itu amat bertepatan dengan hasrat kerajaan yang mahu mengubah Melaka menjadi sebuah negeri hijau dan menyediakan persekitaran lebih bersih serta kondusif.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

689
Kongsi :
Previous post Kerajaan tidak pandang ringan isu penurunan ringgit
Next post Polis Melaka bersama MAIM pantau kegiatan Mawla Amin
Ubah saiz-+=