
Tun M semakin pulih, dipindah ke wad biasa – Marina
Anak sulung bekas perdana menteri itu berkata Dr Mahathir yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN, kini ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.
“Daripada penilaian pasukan doktor pakar yang merawat Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau didapati semakin pulih,” kata Marina dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.
Marina berkata Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya.
Sabtu lepas, Marina dalam kenyataan memaklumkan bahawa keadaan Dr Mahathir stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.
Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Jan bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Jan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: LEBIH 10,000 ORANG KAMPUNG BERI SOKONGAN
AYER LIMAU 12 September - Lebih 10,000 penduduk kampung membanjiri pelbagai program sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TELUK BEREMBANG: DARI PAYA BAKAU KE DESTINASI PELANCONGAN
AYER LIMAU 12 September - Dahulu, kawasan ini hanyalah sebuah hutan paya bakau berlumpur yang sering ditenggelami banjir, namun siapa...
KAMPUNG BERINGIN SATU KOMUNITI, SATU HATI
DURIAN TUNGGAL 12 September - Perbezaan usia dan latar belakang tidak menghalang warga Kampung Beringin untuk terus berkumpul, mengeratkan silaturahim...
ILMU MESTI DITERJEMAH, BUKAN SEKADAR DISIMPAN
BANDA HILIR 12 September - Hasil penyelidikan dan penemuan akademik perlu diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat, bukan...
MBMB TEGAS SOAL KEBERSIHAN, TUJUH PREMIS TERIMA NOTIS
AYER KEROH 12 September - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan tujuh Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bernilai RM4,000 kepada pengusaha...
ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 12 September - Hampir 1,000 umat Islam memeriahkan Program Ayer Limau Berselawat ‘Mahabbah Cinta Rasul’ yang diadakan bersempena...
