TYT dan isteri hadir Konsert Apresiasi Kem Kesenian Kanak-Kanak Kebangsaan 2022

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 24 Disember – Kira-kira 400 penonton memeriahkan Konsert Apresiasi Kem Kesenian Kanak-Kanak Kebangsaan 2022, yang berlangsung malam tadi.

Konsert yang diadakan di Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka itu merupakan acara kemuncak kem kesenian yang diadakan selama lima hari bermula 19 Disember lalu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman.

Konsert yang bermula kira-kira jam 8.40 malam itu menyajikan pelbagai persembahan menarik menghiburkan penonton yang hadir.

Paling mencuri tumpuan ialah persembahan memukau daripada peserta cilik kem kesenian yang mempersembahkan beberapa rutin antaranya tarian, teater, muzik dan permainan tradisional gasing.

IMG_20221224_005757_151
AYER KEROH 23 DISEMBER 2022. Persembahan artis Husna Bintang Asli Remaja 2022 mengamit suasana Konsert Apresiasi Kanak-Kanak Cemerlang sempena Kem Kesenian Kanak-Kanak Kebangsaan 2022 di Panggung Seri Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ayer Keroh. Foto: MR. AZLI

Malah, ia turut diserikan dengan persembahan memukau artis jemputan seperti Naim Daniel, Husna Bunga (juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2022) dan Tuah Adzmi.

Untuk rekod, Kem Kesenian Kanak-Kanak Kebangsaan 2022 yang berlangsung selama lima hari di JKKN Melaka itu disertai seramai 230 peserta berumur lingkungan 10 hingga 17 tahun dari seluruh negara.

Ia merupakan antara platform yang disediakan JKKN untuk mengasah, melatih dan memberi bimbingan kepada anak-anak muda dalam pelbagai cabang seni budaya seperti seni tari dan teater muzikal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2106
Kongsi :
Previous post Tiga ditahan curi, ceroboh rumah kerabat diraja Johor
Next post Pelapis, pewaris seni budaya dalam pembikinan
Ubah saiz-+=