Sorting by

×

TYT rasmi pembukaan Sidang DUN Melaka, Isnin ini

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

AYER KEROH 17 Sept. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam bakal merasmikan pembukaan persidangan pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 20 September (Isnin) ini.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ghazale Muhamad berkata, itu antara agenda hari pertama persidangan DUN Melaka.

Katanya, hari kedua hingga keempat pula akan diteruskan dengan sesi soal jawab, selain pembentangan dua usul yang dibawa kerajaan negeri.

Jelasnya, dua usul yang dibawa ialah berkaitan koridor ekonomi pesisir pantai M-WEZ dan mengenai ahli sunnah wal jamaah.

Jelasnya, dua usul yang dibawa ialah berkaitan koridor ekonomi pesisir pantai M-WEZ dan mengenai ahli sunnah wal jamaah.

“Berbezanya persidangan kali ini ialah ia hanya akan berlangsung selama empat jam sahaja setiap hari bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang.

“Disebabkan masa yang terhad, kita akan cuba ubah suai jadual yag mana tiada lagi rehat minum pagi dan ia akan terus kepada pengisian yang ditetapkan.

“Kita juga akan mencadangkan supaya soalan tambahan bagi setiap soalan lisan dan tempoh perbahasan dihadkan supaya kita dapat beralih kepada agenda yang lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata, selain itu, persidangan kali ini juga menyaksikan terdapat perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Jelasnya, kesemua ADUN di blok kerajaan akan ditempatkan di tempat duduk ketua jabatan di tingkat atas sebelah kanan dewan, manakala ADUN pembangkang di bahagian atas sebelah kiri dewan.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pula kekal di tempat duduk lama cuma ditambah dengan penjarakan antara satu sama lain.

“Selain itu jumlah petugas juga akan berkurangan dengan hanya 90 orang sahaja dibenarkan berada dalam dewan setiap kali bersidang.

“Kesemua EXCO, ADUN dan petugas juga perlu menjalani ujian saringan PCR COVID-19 tiga hari sebelum dewan bersidang dan sekali lagi perlu menjalani ujian saringan air liur pada hari-hari bersidang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat 109 soalan lisan telah dikemukan untuk persidangan kali ini yang mana majoritinya adalah berkaitan kesihatan dan COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

695
Kongsi :
Previous post Exco, ADUN, petugas Sidang DUN jalani ujian saringan RT-PCR
Next post DUN Melaka : 64 soalan menanti Exco Kesihatan
Ubah saiz-+=