
Exco, ADUN, petugas Sidang DUN jalani ujian saringan RT-PCR
AYER KEROH 17 Sept. – Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka diarah menjalani ujian saringan COVID-19 RT-PCR di Seri Negeri, hari ini.
Ujian saringan itu diadakan sebagai persediaan bagi persidangan pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bermula Isnin depan (20 September).
Saringan yang dikendalikan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka itu diadakan bermula jam 9 pagi secara pandu lalu.
Selain Exco dan ADUN, saringan itu turut melibatkan petugas dewan, anggota keselamatan dan petugas media yang dibenarkan membuat liputan.
Persidangan pertama DUN untuk tahun ini menyaksikan ia hanya diadakan selama empat hari dengan tempoh waktu ditetapkan empat jam setiap hari seperti yang disarankan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
Persidangan hari pertama bakal dimulakan dengan perasmian oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.
Ia diikuti sesi soal jawab lisan yang melibatkan 109 soalan daripada ADUN blok kerajaan dan pembangkang.
Selain itu, terdapat dua usul yang akan dibentangkan kerajaan negeri berkaitan koridor ekonomi pesisir pantai M-WEZ dan mengenai ahli sunnah wal jamaah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PPSPM IMARAH RAMADAN DENGAN PROGRAM KEROHANIAN, KEBAJIKAN
DUYONG 16 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang pelbagai program kerohanian dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan...
REZEKI KONSERT AMAL, DUA PENGUNJUNG MENANG MOTOSIKAL
PAYA RUMPUT 16 Februari - Bukan sahaja terhibur dengan persembahan artis, malah suami isteri ini tersenyum lebar apabila membawa pulang...
522 PLOT TANAH KUBUR KAMPUNG KRUBONG DIDIGITALKAN
PAYA RUMPUT 15 Februari - Kampung Krubong menjadi kampung pertama di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang melaksanakan...
TOK RAIS TUNAI JANJI, SEDIA TAPAK PERKUBURAN BAHARU
PAYA RUMPUT 15 Februari - Kerisauan berhubung keluasan kawasan tanah perkuburan semakin menyusut di Kampung Krubong akhirnya menemui penyelesaian apabila...
IKTIRAF VISI ANAK MELAKA PERKASA INDUSTRI KREATIF, PELANCONGAN
AYER KEROH 15 Februari - Selaras usaha memperkukuh ekosistem pelancongan dan hospitaliti, Kerajaan Negeri sedia untuk bekerjasama serta menyokong inisiatif...
OP TBC, JABATAN KESIHATAN NEGERI SITA 237 PRODUK MAKANAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Sebanyak 237 produk makanan disita Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam tempoh dua hari pelaksanaan...

